Saturday, August 02, 2008

Assalamualaikum

Dah lama saya berehat dari post thread ni...
Sekarang saya nak aktif kan diri saya balik.
Selepas ni, saya akan lebih banyak post thread tetapi lebih kepada bidang saya dan observation pada persekitaran...
Harap kita akan mendapat manfaat bersama..
Oh ya, saya juga telah aktif kembali trading forex....
Forex ni memang menguntungkan pada individu yang tahu dan pandai untuk menjana duit sampingan dan cukup lumayan..
Setakat ni saja dahulu..sekiranya anda ada pendapat,idea atau apa2 yang anda ingin kongsikan,boleh post atau email saya di cyreyzangroup@yahoo.com k....Money mouth

Posted by cyreyzan at 15:22:13 | Permanent Link | Comments (0) |

Friday, June 15, 2007

E-BOOK PERCUMA UNTUK ANDA!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya baru-baru ini sedang mengkaji dan belajar mengenai Forex.Saya ada menyediakan e-book2 forex secara percuma untuk anda sebagai rujukan.

Sebenarnya kesemua e-book2 yang saya berikan adalah untuk dijual.Tapi, saya dengan ikhlas ingin berkongsi ilmu dengan anda semua.Harga e-book2 yang saya berikan mungkin bernilai berpuluh2 ribu.

Sekiranya anda berminat untuk mendapat e-book2 ini,sila hantarkan e-mail kepada saya di bigthinking1014@gmail.com.

Tawaran terhad..Promosi ini hanya sehingga 1 bulan dari tarikh ini...dapatkan segera...Jumpa anda di puncak kejayaan.

Salam sukses.

Posted by cyreyzan at 19:05:34 | Permanent Link | Comments (0) |

Thursday, June 14, 2007

Me versus Oneself?

Assalamualaikum..

Dalam kehidupan seharian,kita sememangnya tidak lari daripada persaingan.Tak kira dalam apapun perkara sama ada dalam pelajaran,sukan,perniagaan,jawatan, serta apa jua peluang yang wujud di sekililing kita.Artikel saya hari ini bukan untuk membicarakan cara persaingan tetapi luar dari kebiasaan.

Ya,"think out of the box and look the big picture".Mungkin ramai orang yang tak perasan siapakah saingan terhebat pada diri sendiri.Kawan? ataupun Lawan?Jawapannya adalah diri anda sendiri.Pelik bukan?

Mari saya tunjukkan,katalah anda adalah seorang ahli perniagaan ataupun sales person(sebab saya pun dalam bidang ni),anda pasti mempunyai saingan anda sama ada teman anda ataupun orang lain.Sebenarnya anda boleh mendapat kejayaan tahap maksimum apabila bersaingan dengan musuh/lawan utama yang paling hebat iaitu diri sendiri.Bagaimana?

Apabila diri anda kata tidak boleh,anda kata boleh.Anda lakukan perkara yang luar dari kebiasaan(biasanya tabiat diri yang tak baik).Lipatkali gandakan  usaha,fokus,disiplin anda sehingga dua kali ganda berbanding biasa.Lakukan perkara yang anda sebelum ini tak yakin boleh melakukannya.Zon selesa anda akan berubah dari satu tahap ke tahap yang lebih baik.

Sebagai contoh,anda biasanya bangun jam 7 pagi setiap hari.Untuk menyaingi diri sendiri,anda hendaklah bangun lebih awal dari kebiasaan iaitu jam 6 atau jam 5.Memang sukar,tetapi untuk berjaya kita kendaklah meningkatkan tahap prestasi ke paras maksima.Anda kena aplikasikannya dalam apa jua yang anda lakukan.Ya hal ini diperakui dan diaplikasi oleh mereka yang telah berjaya ataupun dengan kata lain yang telah bergelar JUTAWAN!!

The greatest challenge is challenge oneself..setuju?

Ingat,"manusia yang hebat adalah mareka yang berjaya menguasai diri mereka sendiri".Sekiranya anda melakukannya secara konsisten,InsyaALLAH anda akan menjadi lebih hebat dan seorang lawan yang sukar untuk ditewaskan satu hari nanti.Jangan berlengah lagi,lakukannya hari ini..Jumpa anda di puncak kejayaan.

Semoga Sukses.

Posted by cyreyzan at 09:47:14 | Permanent Link | Comments (0) |

Tuesday, June 12, 2007

Jutawan Terunggul

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya pasti ramai orang nak jadi jutawan dalam apa pun bidang anda di luar sana.Bagi saya jutawan terunggul adalah jutawan ilmu.Sekiranya anda hendak menjadi jutawan dalam apa pun bidang anda,anda hendaklah mendalami bidang dengan ilmu melalui bahan2 bacaan..

Saya mula berminat untuk memasuki kancah perniagaan sejak berumur 18 tahun lagi dan sudah menyertai pelbagai jenis perniagaan.Saya mendapati bukannya mudah untuk berjaya dan memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup luas dan tinggi.Sebab tu kita tengok orang yang berjaya dalam sesuatu bidang ni biasanya mereka yang dah cukup expert dalam bidang mereka.

Saya amat berminat belajar mengenai kejayaan dan kekayaan dalam realiti hidup sebenar.Apa yang perlu saya lakukan adalah dengan banyak membaca dan mendapat ilmu dari mereka yang berjaya..Saya juga amat menyukai tip2 motivasi dari Dr.Irfan Khairi yang merupakan Jutawan Internet termuda Malaysia dan amat mengagumi beliau.InsyaALLAH saya akan mengikuti jejak langkah seprti beliau satu hari nanti.Amin.

Kini terdapat banyak buku2 motivasi,rahsia2 kejayaan dan kisah2 kejayaan dari pakar2 dan mereka yang telah bergelar JUTAWAN!!.Kini terpulang pada anda untuk mengambil peluang dan mulakan perjuangan anda untuk mencapai kejayaan sejati.Jadilah JUTAWAN TERULUNG walau apa pun bidang anda kerana ianya terletak pada anda sendiri..

Setakat sini saja dulu.Jumpa anda di puncak kejayaan.

Semoga sukses.

Posted by cyreyzan at 10:43:18 | Permanent Link | Comments (1) |

Tuesday, June 05, 2007

Assalamualaikum..

Salam sejahtera dan semoga anda semua dicucuri rahmat-Nya.

 

Posted by cyreyzan at 15:26:11 | Permanent Link | Comments (0) |